Wednesday, April 10, 2013

eBook Haji Umrah - mengikuti sunnah (Abu Farouq) | 212kb | 49 Halaman


eBook Haji Umrah - mengikuti sunnah (Abu Farouq)

Muqaddimah
Ibadah haji, adalah salah satu dari tuntutan agama yang terdapat
dalam rukun Islam yang lima. Ia merupakan seruan Allah kepada
sekalian manusia. Oleh itu, setiap insan yang beriman wajib
menunaikannya setelah mempunyai kemampuan kerana ia telah
diperintahkan oleh Allah Azza wa-jalla di dalam firman-Nya:
‫سبيلا إليه است َاع من البيت حج ال َّاس ع َى والله‬
ِ َ ‫َ ِ ْ ً ِ َ ْ ِ ْ َط َ َ ِ ْ َ ْ ِ ِ ُّ ن ِ َل‬
“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu
bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (Ali
Imran, 97)
‫ِالحج ال َّاس ِى وأذن‬
ْ ‫ب ْ َ ِّ ن ِ ف ََ ِّ‬
“Dan serukanlah kepada manusia untuk mengerjakan haji”. (Al-Hajj,
27)
Menurut kesepakatan para ulama Salaf as-Soleh, sebelum
seseorang pergi menunaikan ibadah haji, maka wajiblah terlebih
dahulu mempelajari sifat haji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam,
kerana mencontohi (ittiba’) cara-cara baginda mengerjakan haji
adalah wajib.
Baginda bersabda:
‫م َاسككم عني لتأخذوْا‬
ُ ُ ْ َ ِ ْ ‫َن ِ َ ُ ْ َ ِّ‬
“Agar kamu sekalian sentiasa mengambil (mencontohi) tata cara
mengerjakan ibadah haji dari aku”. (H/R Muslim)
Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memerintahkan agar setiap amal
ibadah berpandukan (mencontohi) ibadah yang telah dicontohkan
oleh RasulNya. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
َ ‫االله يرجوْا َان لمن حسنة أس َة االله رسول ِى لكم َ َد َا‬
‫َ َ ْ ُ آ َ ِّ َ ْ َ َ َ ٌ ُ ْ و ٌ ِ َ ُ ْ ِ ف َ ُ ْ ل ق ْآ ن‬
‫َ ِي ًا االله وذآر الأخر َاليوم‬
َ ْ َ ْ ‫آ ث ْر َ َ َ َ َ ْ َ ِ َ و‬
“Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat dan
kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab,
21)
Oleh yang demikian, atas kesedaran tentang kurangnya buku-buku
rujukan yang berkaitan dengan manasik haji, maka penulis
berusaha menyiapkan buku ini untuk dimanfaatkan oleh setiap
bakal jamaah yang akan menunaikan haji.
Penulis berdoa agar buku ini dan buku-buku yang ditulis oleh para
ulama Salaf as-Soleh yang lainnya, semuanya dapat memberi
sumbangan dan panduan kepada mereka yang ingin menunaikan
haji dengan cara mencontohi sifat haji Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam.
Semoga haji, umrah dan segala amalan yang berkaitan dengan haji
dan umrah yang akan para jamaah kerjakan, sentiasa mendapat
keberkatan, haji yang mabrur dan di dalam rahmat serta
pemeliharaan Allah Azza wa-Jalla. Amin! Wallahu a’lam.


Click the link below to download

No comments:

Post a Comment