Thursday, March 7, 2013

eBook Berkenalan dengan Al-Qur'an (Hafiz Firdaus A) | 423kb | 55 Halaman

Berkenalan dengan Al-Qur'an
Reading Al Qur'an

eBook Berkenalan dengan A-Qur'an (Hafiz Firdaus A)
Jika kita mengkaji faktor yang membezakan antara kemuliaan yang dicapai oleh umat Islam
pada zaman awal dan kehinaan yang dialami pada zaman kini, akan ditemui bahawa salah
satu daripadanya ialah cara berinteraksi dengan al-Qur’an. Umat Islam pada zaman awal,
yakni sejak zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hingga ke beberapa kurun selepas
itu, benar-benar mengenali al-Qur’an dan menjadikan ia buku panduan bagi segala tindak
tanduk mereka. Mereka tidak sekadar membaca al-Qur’an tetapi juga menelaah,
mempraktikkan dan berhujah dengannya.
Berbeza dengan umat Islam masa kini, boleh dikatakan majoriti daripadanya hanya membaca
al-Qur’an. Itupun adakalanya berpuas hati sekadar dengan beberapa surah tertentu sahaja.
Umat Islam masa kini tidak mengenali al-Qur’an, jauh sekali daripada menjadikannya sebagai
panduan kehidupan.
Melalui buku ini, penulis ingin mengajak para pembaca yang budiman sekalian kepada
mengenali al-Qur’an dan menjadikannya sebagai panduan hidup. Untuk mencapai tujuan ini
penulis telah menyusun buku ini dalam bentuk enam bab yang utama:

1. Berkenalan dengan al-Qur’an, yakni memperkenalkan al-Qur’an sebagaimana yang
diperkenalkan sendiri oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dalam erti kata lain, marilah
kita berkenalan dengan al-Qur’an melalui al-Qur’an itu sendiri.

2. 9 Tips Menelaah al-Qur’an. Kewajipan kita terhadap al-Qur’an tidak sekadar
membacanya tetapi juga menelaah isi kandungannya. Dalam bab ini disenaraikan
sembilan tips bagi membolehkan seseorang itu menelaah al-Qur’an dengan baik.
3. Bagaimana Memanfaatkan Kisah-Kisah Dalam al-Qur’an? Apabila kita menelaah al-
Qur’an, akan didapati sebahagian daripadanya terdiri daripada kisah-kisah umat
terdahulu dan kaum Ahli Kitab. Dalam bab ini diterangkan bagaimana memanfaatkan
kisah-kisah tersebut dalam suasana masa kini.

4. 3 Petua Mujarab al-Qur’an. Antara perkara yang diberi prioroti oleh sebahagian besar
umat Islam masa kini ialah mencari petua-petua daripada al-Qur’an demi mencapai
tujuan tertentu. Ada petua kasih sayang, ada petua pelaris jual-beli, ada petua
kecantikan dan pelbagai lagi. Dalam bab ini insya-Allah akan disenaraikan tiga petua
yang sekali gus merangkumi semua petua yang diingini oleh seseorang.

5. Beberapa Bentuk Salah Tafsir al-Qur’an Masa Kini. Jika di satu sudut umat Islam masa
kini sudah tidak lagi menjadikan al-Qur’an sebagai panduan hidup, di sudut yang lain
wujud pula segelintir umat Islam yang menyalah tafsirkan al-Qur’an agar ia menjadi
panduan kepada kefahaman yang mereka kehendaki. Dalam bab ini disenaraikan
beberapa bentuk salah tafsir yang paling lazim berlaku pada masa kini.

6. Percanggahan Di Dalam al-Qur’an? Sambil kita berkenalan dengan al-Qur’an, perlu
juga berkenalan dengan kritikan-kritikan yang lazim dilontarkan oleh musuh-musuh
al-Qur’an. Antara kritikan yang lazim dilontarkan ialah kononnya di dalam al-Qur’an
terdapat percanggahan di antara ayat-ayatnya. Benarkah kritikan ini? Insya-Allah bab
yang keenam ini akan memberi jawapannya.


Click the link below to download



No comments:

Post a Comment